Wednesday, January 11, 2012

PERAMBUT KEJUTAN


Cara Mengikat Perambut
Perambut kejutan memainkan peranan yang sangat besar ketika proses mengilat mahupon teknik-teknik memancing yang lain.Kelebihan menggunakannya ialah sebagai satu alat menyerap tarikan mengejut hasil dari sambaran ikan, bertahan dari geseran pada struktur serta mata kail mampu mencangkuk mulut ikan dengan kemas. Kelebihan sebeginilah yang menjadikannya sangat penting untuk aktiviti mengilat gewang. Untuk cara penyambungan antara tali sulam dan perambut ini juga memerlukan ikatan khusus. Contoh ikatan penyambungan ini akan diterangkan pada isu yang lain.


Saiz kekuatan perambut juga perlu disesuaikan dengan kekuatan tali sulam. Tersalah pilih perambut akan mencacatkan balingan dan aksi rengan gewang. Perkara ini perlu dititikberatkan juga memandangkan pemancing yang baru menceburi teknik mengilat sering melakukan kesalahan ini.Penggunaan perambut yang terlalu kasar dan keras yang disambung pada tali sulam yang halus pastinya mendatangkan masalah sebegini. Bayangkan jika anda menggunakan tali sulam kekuatan 10 paun yang disambungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 50 paun. Pastinya kurang sesuai. Keseimbangan antara kedua-duanya akan memberikan persembahan yang baik. Misalnya tali sulam berkekuatan 10 paun yang dihubungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 20 paun.Panjang perambut kejutan juga perlu diambil kira. Lazimnya depaan tangan akan digunakan sebagai pemngukur. Panjang antara 1 ke 3 depa dianggap ukuran terbaik. Namun begitu, tidak salah jika menggunakan perambut sepanjang sekaki.Kepanjangan ini kadang-kadang tidak mampu menyerap tarikan atau bebanan berlebihan.
Maklumat Lanjut muat turun di sini

Sunday, January 8, 2012

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PESERTA XPDC

PERTAMA NAK BERITAHU:
KORANG KENA BODOH DEK JAMAL
KEDUA NAK BERITAHU:
MESYUARAT XPDC KENYIR AKAN DIADAKAN PADA SEPERTI BUTIR-BUTIR BERIKUT:
TARIKH: 11 JANUARI 2012
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: RESTORAN THE GREEN @ NASIR CATERING (MRSM)
AGENDA:
1. Perbincangan tentang peralatan yang akan dibawa dan persediaan yang sepatutnya
2. Tukang cari umpan dan jenis-jenis umpan
3. Jadual Pergerakan dari Jelebu dan kos yang perlu
4. Peralatan individu yang mesti ada
5. Lain-lain hal